19 Mei 2008
Maulidur Rasul 1429H Jamaah Burdah Tok Limbong
Kemaman, 31 Mac 2008: Bagi jamaah Burdoh aliran silsilah Tuan Guru Haji Abd. Rahman bin Abd. Hamid (Tok Limbong) di Kemaman, sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini diadakan di sebuah rumah di Kg Mak Dayang, Chukai, Kemaman. Sebelum ini ia disambut di Kg Banggol, Chukai namun sekarang ia telah berpindah ke situ.
Oleh kerana surau yang sedang dibina belum siap sepenuhnya, maka ia terpaksa diadakan di rumah berkenaan yang terletak di sebelah suaru yang dibina itu.
Majlis diadakan mulai jam 9.30 pagi ini (Isnin, 31 Mac 2008) sebaik ketibaan Syeikh Mohd Ghazali dari Kg Pulau Musang, K. Terengganu. Beliau merupakan cicit kepada Tok Limbong dan pemegang sanad amalan burdoh aliran Tok Limbong. Beliau memimpin burdoh di banyak tempat. Selain di tempat asal datuknya (Che Leh Keramat) di Pulau Bahagia, juga memimpin amalan burdoh di Kota Bharu, Kemaman dan Dungun. Beliau juga memimpin Ratib Haddad di surau almarhum ayahnya di Kg Pulau Musang, K. Terengganu.
Selain mewarisi sanad pengamalan burdoh, beliau turut mewarisi kepandaian perubatan, membuat ibat-ubatan tradisional dan lain-lain.
(Nota : Maklumat lengkap mengenai sejarah Tok Limbong, keturunannya dan pengamalan Burdoh masa kini boleh dirujuk dalam Majalah Khazanah Hikmah ke-2 terbitan Khazanah Diniyyah)
Majlis dihadiri kira-kira 300 jamaah muslimin dan muslimat serta anak masing-masing. Ia berakhir kira-kira jam 11.30 t/hari. Kemudiannya semua hadirin menjamah jamuan yang disediakan.
Selepas selesai di Kemaman, program diteruskan di Dungun yang diadakan selepas zohor. Dan penutupnya nanti akan dibuat di surau PulauMusang, K. Terengganu pada Sabtu, 5 April 2008.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan