09 Jun 2012

Kebenaran I’tiqad Imam Abu Hasan Al-Asya’ri dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi



Adapun dalil tanda yang menyatakan i’tiqad Imam Asy’ari t itu benar, firman Allah I di dalam Qur’an:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä `tB £s?ötƒ öNä3YÏB `tã ¾ÏmÏZƒÏŠ t$öq|¡sù ÎAù'tƒ ª!$# 5Qöqs)Î/ öNåk:Ïtäÿ¼çmtRq6Ïtäur A'©!ÏŒr& n?tã tûüÏZÏB÷sßJø9$# >o¨Ïãr& n?tã tûï͍Ïÿ»s3ø9$#

Ertinya: “Hai segala yang beriman! Barangsiapa orang yang berpaling ia daripada agama itu mengubah ia daripada agamanya yang benar kemudian agama yang salah yakni kafir bid’ah yang diadakan, maka lagi akan didatangkan Allah I suatu kaum kasih Allah akan kaum itu dan kasih kaum itu akan Allah, menghinakan dirinya atas orang yang Mukminin dan beriman, dan memuliakan dirinya atas orang yang kafir.”

Maka sembah segala sahabat kepada Rasulullah: “Kaum siapa itu ya Rasulullah? Maka sabdanya:

هُمْ قَوْمٌ هَذَا
Ertinya: “Mereka itu kaum ini.”

Maka diisyaratkan Nabi kepada sahabatnya yang bernama Abi Musa  Asy’ari (أبى موسى اشعرىt iaitu datuk-datuk oleh Imam Abu Al-Hasan Asy’ari (امام أبو الحسن اشعرى) Imam ikutan Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Maka nyatalah dengan dalil Qur’an firman Allah I itu yang diisyaratkan oleh Nabi j kepada keturunan Abi Musa Al-Asy’ari itulah kaum kasih Allah I akan dia dan i’tiqadnya dan ilmunya dan amalnya iaitulah Imam Abul Hasan Al-Asy’ari t.

Maka barangsiapa orang yang menyalahi akan i’tiqad Imam Asy’ari itu dinamailah i’tiqad bid’ah dan murtad ertinya berpaling daripada yang benar kepada yang salah.



Maka barangsiapa orang yang tiada ilmunya dan amalnya dan ibadatnya muwafaqah dengan dalil Qur’an atau Hadits Rasulullah jatau ittifaq segala sahabat atau dengan qiyas segala ulama’ Ahus Sunnah wal Jama’ah itu, maka tiadalah benar ilmunya itu atau amal ibadatnya itu adalah diperdayakan oleh syaitan. Maka syaiton itulah menunjukkan dia, kerana أدمه Qur’an dan Hadits Nabi itulah yang sebenarnya seperti sabda Nabi j:

مَنْ لاَ شَيْخُ لَهُ فَالشَّيْطَانٌ شَيْخَهُ.

Ertinya: “Barangsiapa orang yang tiada baginya syaikh, maka syaiton itulah syaikhnya.”

Maka jadilah ia sangat bantahan kepada Allah dan pada Rasulullah j, firman Allah I di dalam Qur’an:

z`ÏBur Ä¨$¨Z9$# `tB ãAÏ»pgä Îû «!$# ÎŽötóÎ/ 5Où=Ïæ Ÿwur Wèd Ÿwur 5=»tGÏ. 9ŽÏZB ÇËÉÈ
“Dan setengah daripada manusia orang sangat bantahan ia kepada Allah dengan tiada pengetahuan yang benar dan tiada dengan pertunjuk daripada syaikh yang benar iaitu Qur’an dan Hadits dan tiada kitab yang menerangkan yakni dalil Qur’an yang menunjukkan dia, maka orang itu sangat bantahan kepada Allah dan Rasul Allah.”

[Ketahui] olehmu pula! Adalah orang yang menyalahi i’tiqad Mazhab Asy’ari dan Imam Maturidi itu iaitu mazhab kaum yang tujuh puluh dua (72) kaum yang benar bagi i’tiqadnya masing-masing dengan pegangannya sebab diperdaya oleh syaiton la’natullah ‘alaihi.



Sumber:
Kitab Ushul Tahqiq (http://www.alraufi.blogspot.com/)


Personal Blog!

Tiada ulasan: