24 Jun 2011

AMALAN YANG DI BIDA'AHKAN OLEH ULAMA WAHABI

1. Dalam mempelajari ilmuUsuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.

2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab(Talfiq).

3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma’ Ulama dan Qias.

4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul(Perantaraan).

5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerjakan haji pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.

6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.

7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah,Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.

8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.

11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w

12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.

13. Azan tidak boleh berlagu.

14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.

15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.

16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali,Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.

17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi.


Personal Blog!

Tiada ulasan: