Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al Haddad, seorang mujaddid yang terkenal. Dariapada doa-doa dan zikir karangan beliau , Ratib AL Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al Ratib Al Syahir(Ratib yang termasyhur) di susun berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijrah bersamaan 26 Mei 1661.
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, A’mir dari keluarga Bani Sa’ad yang tinggal di sebuah perkampungan di Syibam, Hadramaut. Tujuan A’mir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah dikampung A’mir sendiri, iaitu di kota Syibam setelah mendapat izin dan ijazah dari Al Imam Abdullah Al Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al Imam Al Haddad di Al Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan 1661 Masihi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menuanikan Tarawih. Mengikut ImamAl Haddad, di kawasan di mana Ratib ini di amalkan, dengan izin Allah kawasan tersebut selamat , dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al Haddad berangkat menuanikan ibadah Haji, ratib ini pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab alSafa di Makkah dan Babul Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain AL Habsyi pernah menyatakan bahwa sesiapa yang membaca ratib ini dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “Laa ilaha illallah” hingga seratus kali(walaupun pada kebiasaannya 50x) ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang diluar dugaannya.
Beberapa perbezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan Ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oelh pembacanya, Al Marhum Al Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al Haddad memberi ijazah untuk membaca ratib ini dan menyarankannya di baca pada masa-masa yang lain daripada masa yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah dariapda bahaya dan kesusahan. Amin. Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Quran dan Hadits. Ratib ini berbeza daripada ratib yang lain susunan Imam Haddad kerana Ratib al Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan